X

Kindly register in order to view this article
!

Pelitup muka: Perisai penting hadapi Covid-19

Mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) jika gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.
A
A

KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, kini pelitup muka yang biasanya hanya dipakai sewaktu musim jerebu di negara ini kini sudah dikategorikan sebagai 'perisai' paling penting dalam menghadapi musuh tidak kelihatan koronavirus (Covid-19) selain daripada memastikan penjarakan sosial.

Pemakaiannya dikatakan sebagai kaedah pencegahan penting mengelakkan penyebaran 60 peratus penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk Covid-19.

Selaras dengan itu, mulai 1 Ogos ini, pelitup muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum dengan orang ramai boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) jika gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

Ini kerana walaupun Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang berjaya dalam menangani pandemik itu, namun nampaknya rakyat bersikap sambil lewa dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak itu.

Kini pelitup muka yang biasanya hanya dipakai sewaktu musim jerebu di negara ini kini sudah dikategorikan sebagai 'perisai' paling penting dalam menghadapi musuh tidak kelihatan koronavirus (Covid-19) selain daripada memastikan penjarakan sosial.
Kini pelitup muka yang biasanya hanya dipakai sewaktu musim jerebu di negara ini kini sudah dikategorikan sebagai 'perisai' paling penting dalam menghadapi musuh tidak kelihatan koronavirus (Covid-19) selain daripada memastikan penjarakan sosial.

Peraturan baharu itu menimbulkan reaksi pelbagai pihak, pakar kesihatan dan orang awam yang bersetuju dengan langkah itu, menyifatkannya sebagai amat tepat bagi memastikan disiplin dan pematuhan orang ramai sekali gus mengurangkan risiko jangkitan.

Menyedari keputusan kerajaan itu adalah untuk kebaikan bersama, seorang pekerja swasta Zaiton Mohamad, 35, berkata, beliau sendiri berasa lebih yakin untuk berada di tempat awam apabila melihat ramai yang turut mengenakan pelitup muka.

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Sazaly Abu Bakar berkata, pemakaian pelitup muka seharusnya sudah lama diwajibkan di kawasan sesak dan padat.

“Bila pakai penutup hidung dan mulut ini, secara tidak langsung kita menghalang tangan daripada menyentuh kawasan pada anggota badan yang boleh menyebabkan kemasukan virus ke dalam badan kita,” katanya.

Sementara itu, Pengerusinya Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dalam membeli pelitup muka fabrik atau tiga lapis yang banyak dijual dalam talian.

“Pada saya masyarakat kena tahulah, jangan main pakai saja tapi benda itu tidak mendatangkan kesan perlindungan atau pencegahan.

“Kalau beli dalam talian siapa nak bertanggungjawab jika terjadi apa-apa. Bagaimana mahu tahu sumber penutup hidung dan mulut itu dari mana pembuatannya. Sebab kita mahukan yang pertama berkualiti yang kedua, selamat digunakan dan ketiga ia berfungsi,” katanya.

Pemakaiannya dikatakan sebagai kaedah pencegahan penting mengelakkan penyebaran 60 peratus penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk Covid-19.
Pemakaiannya dikatakan sebagai kaedah pencegahan penting mengelakkan penyebaran 60 peratus penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus termasuk Covid-19.

Pada masa sama, di sebalik sambutan positif pelbagai pihak atas peraturan baharu itu, timbul juga keluhan mengenai harga pelitup muka yang dikatakan agak mahal ekoran terdapat peniaga yang menaikkan harga sesuka hati selain penjualan tiruan.

Malahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui pemeriksaan ke atas 43,402 premis di seluruh negara mulai 29 Jan sehingga hari ini telah mengeluarkan sebanyak RM392,400 kompaun atas pelbagai kesalahan seperti menjual pelitup muka melebihi harga maksimum.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, turut dikesan banyak kes penjualan pelitup muka tiruan, dengan modus operandinya membeli pelitup muka tanpa jenama daripada China dan membuat pembungkusan semula.

Bagaimanapun, KPDNHEP dilihat mengambil langkah bijak dengan membuat keputusan mengurangkan harga siling pelitup muka kepada RM1.20 seunit daripada RM1.50 dan harga borong bahan itu yang ketika ini RM1.45 seunit juga akan diturunkan kepada RM1.15 bermula 15 Ogos seperti diumumkan Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi baru-baru ini.

"Kerajaan juga akan terus mengkaji keperluan untuk menurunkan harga pelitup muka dan memastikan bekalan mencukupi," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!