Buruh Indonesia maut dipanah petir

Mangsa dibawa balik ke rumah kongsi oleh rakannya. Foto: Ihsan PDRM
Mangsa dibawa balik ke rumah kongsi oleh rakannya. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang buruh warga Indonesia maut dipercayai dipanah petir ketika sedang melakukan kerja mengait buah kelapa sawit di Ladang Tersat, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa yang dikenali sebagai Maniadi, 40, ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada jam 2.50 petang.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakan yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Naswan, 32, dan Sudirman, 42, dikatakan ke ladang berkenaan untuk mengait buah kelapa sawit.

“Mangsa kemudiannya dibawa balik ke rumah kongsi yang berada kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian oleh dua rakannya menggunakan motosikal.

"Hasil pemeriksaan fizikal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan terbakar di telapak tangan kanan akibat terkena panahan petir semasa mangsa mengait buah kelapa sawit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan membabitkan perbuatan jenayah.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan: