Kes rogol, lacur anak: Lelaki tempatan, 7 warga asing disiasat

Sinar Harian melaporkan mengenai penahanan suspek berusia 43 tahun kerana disyaki merogol anak kandungnya dan melacurkan remaja itu kepada warga asing.
Sinar Harian melaporkan mengenai penahanan suspek berusia 43 tahun kerana disyaki merogol anak kandungnya dan melacurkan remaja itu kepada warga asing.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai lapan individu yang dipercayai terlibat dalam siasatan kes rogol dan lacur seorang remaja berusia 13 tahun akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kertas siasatan telah dibincangkan dengan pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan diambil di bawah ATIPSOM.

"Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 376B/372 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1)(a) Akta Kanak-Kanak.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki durjana lacur anak, isteri kepada warga asing ditahan

Bapa didakwa rogol, lacurkan anak umur 13 tahun

"Kesemua lapan suspek membabitkan seorang lelaki tempatan dan tujuh warga asing itu akan dibawa ke Mahkamah Kajang esok untuk permohonan reman baru," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes berkenaan, Asisten Superintendan S Vekram di talian 019-4737108 atau 03-89114222.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mengenai penahanan suspek berusia 43 tahun kerana disyaki merogol anak kandungnya dan melacurkan remaja itu kepada warga asing. Malah, suspek juga terlibat dalam melacurkan isterinya sendiri.

Artikel Berkaitan:

Susulan itu, polis menahan lima warga asing membabitkan empat warga Pakistan dan seorang Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun.

Kesemua suspek kemudian telah direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kenyataan sebelum ini, polis menyiasat seorang lelaki kerana didakwa memaksa anak kandungnya berusia 13 tahun melayan nafsu seks lebih 20 lelaki di rumahnya.

Dia dipercayai melakukan perbuatan ke atas mangsa bermula pada pertengahan tahun 2019 sehingga Februari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menjalankan siasatan itu selepas menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa anak saudaranya dirogol serta dilacurkan oleh suspek sejak mangsa berusia 10 tahun.