X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki durjana lacur anak, isteri kepada warga asing ditahan

Arjunaidi - Foto:Bernama
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki yang tidak berhati perut tergamak merogol anak kandungnya berusia 13 tahun dan melacurkan remaja itu kepada warga asing ditahan polis di sekitar Selangor, semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bahkan lelaki berusia 43 tahun itu juga melacurkan isterinya sendiri.

"Selain itu, operasi di lokasi lain telah menahan lima warga asing membabitkan empat warga Pakistan dan seorang Bangladesh berusia lingkungan 25 hingga 40 tahun. Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan, Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Tambah Arjunaidi, siasatan diteruskan untuk mengesan suspek yang masih bebas dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai berdekatan atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 019-6655811 @ 03-89114222.

Dalam kenyataan pada Sabtu lalu, polis menyiasat seorang lelaki kerana didakwa memaksa anak kandungnya berusia 13 tahun melayan nafsu seks lebih 20 lelaki di rumahnya.

Dia dipercayai melakukan perbuatan ke atas mangsa bermula pada pertengahan tahun 2019 sehingga Februari tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, polis menjalankan siasatan itu selepas menerima laporan daripada salah seorang ahli keluarga mangsa yang mendakwa anak saudaranya dirogol serta dilacurkan oleh suspek sejak mangsa berusia 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN Bapa didakwa rogol, lacurkan anak umur 13 tahun