Aksi 'wheelie' bawa padah

Dua remaja lelaki ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kulim, di sini, semalam.
Dua remaja lelaki ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kulim, di sini, semalam.
A
A
A

KULIM - Dua remaja lelaki berusia 16 dan 18 tahun yang menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi 'wheelie' ditahan polis dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Azhar Hashim berkata, unit risikan trafik telah membuat pemerhatian dan merakam aksi dua remaja itu yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 pada jam 7 malam.

Katanya, risikan dibuat selepas menerima aduan penduduk di Taman Lembah Impiana di sini.

"Bagaimanapun, mereka melarikan diri apabila menyedari kehadiran anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum menahan remaja berusia 16 tahun di hadapan rumahnya di Taman Selasih," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pelajar itu menunjukkan rumah seorang lagi remaja berusia 18 tahun.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Selain itu, Azhar memberitahu empat motosikal lain turut disita melalui Ops Samseng Jalanan tersebut.

Artikel Berkaitan: