X

Kindly register in order to view this article
!

Dadah: Lembah Semerak, Tasik Pauh dan Limbongan lokasi panas

AADK Pasir Puteh tidak menghadapi sebarang masalah kerana gerakan lebih berfokus kepada rumah yang menjadi sarang penagih dadah.
A
A

PASIR PUTEH - Kampung Lembah Semerak, Tasik Pauh dan Limbongan merupakan lokasi panas yang dikaitkan dengan gejala dadah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Puteh selepas seramai 35 penagih dadah dicekup di kawasan itu sepanjang Januari hingga Julai tahun ini.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain berkata, kebanyakan mereka yang ditahan mengikut peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 3(1)Akta Pemulihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan )1983 itu berusia di antara 23 hingga 45 tahun.

Katanya, lokasi panas yang menjadi tumpuan penagih telah dikenal pasti dan akan sentiasa berada di bawah pemantauan.

"AADK Pasir Puteh tidak menghadapi sebarang masalah kerana lebih memberi fokus kepada rumah yang menjadi sarang penagih dadah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Anggota AADK Pasir Puteh menahan penagih di beberapa lokasi berasingan di Selising.
Anggota AADK Pasir Puteh menahan penagih di beberapa lokasi berasingan di Selising.

Terbaru, kata Azlina pihaknya berjaya menahan empat lelaki yang menagih pil kuda dalam serbuan berasingan di Selising di sini.

Katanya, kesemua penagih yang ditangkap berusia antara 24 hingga 33 tahun dan kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine.

"Dua suspek merupakan penagih tegar manakala dua lagi penagih baru," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!