X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 24 Oktober 2021

CSR serah sumbangan klinik bergerak kepada Nadi

Victor (dua dari kiri) menyerahkan replika kunci klinik bergerak kepada Pengerusi Eksekutif Nadi, Profesor Emeritus Datuk Dr Mustaffa Embong. - FOTO ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) menyampaikan sumbangan sebuah klinik bergerak (mobile clinic) kepada Institut Diabetes Nasional (Nadi) bagi memudahkan pihak itu menjalankan saringan kesihatan menerusi siri jelajah di seluruh negara.

CSR sebelum ini banyak menyokong semua aktiviti Nadi khususnya menerusi Program Promote Healthy Lifestyle, Fight Diabetes di kawasan dalam dan luar bandar.

Ketua Pegawai Operasi CSR, Victor Ng berkata, pihaknya menyerahkan sumbangan klinik bergerak berkenaan bagi menggantikan kenderaan sedia ada milik Nadi yang usang dan berusia lebih 10 tahun.

Victor Ng
Victor Ng

“Menerusi penyerahan ini, Nadi dapat meneruskan siri jelajah mereka untuk membuat saringan kesihatan kepada masyarakat dalam usaha mengawal penyakit diabetes,” katanya kepada Sinar Harian selepas Majlis Penyerahan Klinik Bergerak berkenaan yang berlangsung di Ibu Pejabat CSR di sini semalam.

Mengulas lanjut, Victor berkata, klinik bergerak berkenaan telah diubah suai dengan beberapa kemudahan dengan kos keseluruhan bernilai sekitar RM300,000.

Klinik bergerak yang disumbangkan CSR kepada Nadi bagi memudahkan saringan kesihatan dijalankan menerusi siri jelajah di seluruh negara. - FOTO ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
Klinik bergerak yang disumbangkan CSR kepada Nadi bagi memudahkan saringan kesihatan dijalankan menerusi siri jelajah di seluruh negara. - FOTO ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR

Beliau berkata, CSR dan Nadi telah menjalinkan kerjasama sejak 2018 apabila satu memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bagi berkongsi visi dalam mempromosikan kehidupan sihat kepada komuniti.

“CSR berharap kerjasama ini akan diperluaskan lagi pada masa hadapan dalam membantu mempromosikan kehidupan sihat kepada masyarakat,” kata beliau.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!