X

Kindly register in order to view this article
!

Rukun Negara gagal dihayati rakyat

Dr Shamsul Amri FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A

SHAH ALAM - Pengajaran di sekolah yang hanya menekankan lima prinsip Rukun Negara tanpa menekankan tentang mukadimah yang mendukung lima prinsip itu menyebabkan ia gagal dihayati sepenuhnya oleh rakyat.

Pengarah Pengasas Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin berkata, keadaan itu seperti analogi menunggang basikal dengan hanya satu tayar.

"Jadi ini berlaku kepada Rukun Negara, Rukun Negara bergerak pada satu tayar sahaja jadi budak-budak (pelajar) tak faham.

"Ikrar pagi-pagi pun ambil yang lima (prinsip) sahaja. Rukun Negara bukan sahaja yang lima itu sahaja kerana ada perkara yang mendukung lima prinsip itu lebih awal," katanya selaku panelis Wacana Siri ke-181 bertajuk 'Rukun Negara sekadar di kulit buku?' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian di sini kelmarin.

Wacana itu turut membariskan panelis Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahredzan Johan dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, Dharshinee Suresh Kumar serta Azlan Shah Nabees Khan selaku moderator.

Dr Shamsul Amri (dua kiri) bersama Syahredzan (dua kanan), Dharshinee dan Azlan pada Wacana Siri ke-181 bertajuk 'Rukun Negara sekadar di kulit buku?'. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Dr Shamsul Amri (dua kiri) bersama Syahredzan (dua kanan), Dharshinee dan Azlan pada Wacana Siri ke-181 bertajuk 'Rukun Negara sekadar di kulit buku?'. FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Mengulas lanjut, Dr Shamsul Amri berkata, mukadimah Rukun Negara merupakan jiwa kepada Rukun Negara secara keseluruhannya.

Menurutnya, apabila hanya lima prinsip ditekankan ia juga menimbulkan salah faham.

Katanya, akibat terlalu fokus terhadap prinsip itu menyebabkan wujudnya usaha mentahfizkannya iaitu menetapkan pelajar mesti fasih dan lancar lima prinsip tersebut.

"Pada saya itu bukan niatnya, hasrat asal adalah untuk memahami dan mengetahui tentang Rukun Negara.

"Apa yang penting sekarang adalah kebijaksanaan pimpinan kita dan orang ramai untuk menerima Rukun Negara serta serapkan dan jadikan ia dalam bentuk baharu untuk sama-sama mengingatkan kita," katanya.

Susulan itu, beliau meminta teks asal Rukun Negara yang mengandungi dua bahagian iaitu mukadimah dan prinsip perlu diteliti kerana ia merangkumi semua perkara seperti perpaduan, demokrasi, ekonomi dan sebagainya.

"Pentaksiran semula tentang Rukun Negara mestilah lengkap, ada mukadimah yang menjadi jiwa kepada Rukun Negara ini dan prinsipnya.

"Kalau kita bermula dari situ, kita akan dapat jalan macam mana nak buka ruang berbincang dan cari jalan baharu (agar Rukun Negara benar-benar dihayati) dengan kehidupan normal baharu sekarang.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!