X

Kindly register in order to view this article
!

KFA bakal tubuh syarikat persiapan ke arah penswastaan

Muhammad Sanusi selepas EGM KFA di Wisma Darul Aman, baru-baru ini.
A
A

PADANG TERAP - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) akan menubuhkan sebuah syarikat bagi persiapan ke arah penswastaan sepenuhnya untuk beraksi di Peringkat Asia pada tahun hadapan.

Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bagaimanapun persatuan itu perlu mendapatkan gambaran sepenuhnya daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggerakkan langkah seterusnya.

Menurutnya, satu pertemuan akan diadakan oleh KFA bersama FAM pada minggu hadapan berhubung perkara tersebut.

"KFA tengah memikirkan model syarikat untuk ditubuhkan bagi memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). Minggu depan saya akan mengadakan pertemuan dengan FAM minggu depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah media bahawa FAM memberi tempoh sehingga September untuk semua pasukan menyelesaikan urusan pertukaran status.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!