JPJ, JKJR bergabung perkukuh aspek keselamatan jalan raya

Shaharudin (depan, tengah) bersama wakil media yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah JPJ bersama Media di JPJ Putrajaya hari ini.
Shaharudin (depan, tengah) bersama wakil media yang hadir pada Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah JPJ bersama Media di JPJ Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Penggabungan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) ke dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mampu mengukuhkan empat aspek utama keselamatan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, empat aspek utama tersebut ialah pendidikan, kejuruteraan, persekitaran dan penguatkuasaan.

Menurutnya, keempat-empat aspek utama ini merupakan medium berkesan dalam meningkatkan pematuhan masyarakat terhadap undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan

"Perkara ini amat relatif dalam melestarikan keselamatan jalan raya di negara ini.

"Fungsi JKJR sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam perancangan, penyelarasan dan pelaksanaan pembangunan program-program advokasi keselamatan jalan raya akan diambil alih sepenuhnya oleh JPJ," katanya pada Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah JPJ bersama Media di JPJ Putrajaya di sini hari ini.

Beliau berkata, segala inisiatif dilakukan akan lebih berkesan jika mendapat sokongan daripada pihak media dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat.

"Sokongan padu daripada pihak media ini amat diperlukan oleh negara dalam membendung kes nahas jalan raya yang merupakan salah satu daripada pembunuh utama di negara ini," katanya.

Shaharuddin berkata, penganjuran program ini merupakan inisiatif JPJ bagi meraikan dan mengiktiraf kerjasama dan sumbangan media yang selama ini telah banyak membantu dalam menyebar luas liputan serta publisiti mengenai Jabatan.

Artikel Berkaitan:

Bermula 1 Mei lalu, Kementerian Pengangkutan memaklumkan penyerapan peranan dan fungsi JKJR itu mengikut peruntukan undang-undang berkaitan pengangkutan jalan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan.

Menurut kementerian itu, penyerapan JKJR ke dalam JPJ tidak melibatkan pembuangan kakitangan.