X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di kawasan pusat jagaan warga emas Kluang

Kawasan sekitar pusat jagaan warga emas di Kluang yang diisytiharkan sebagai salah satu kluster Covid-19 dikenakan PKPD. Gambar kecil: Dr Noor Hisham
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Jangkitan koronavirus (Covid-19) di pusat jagaan warga emas di Kluang, Johor dipercayai berpunca daripada orang luar.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana pusat itu telah selesai membuat saringan Covid-19 pada Mei lalu.

"Dalam saringan itu, tiada kes positif Covid-19 dikesan," katanya.

Menurutnya, sehingga kini 14 kes positif Covid-19 di kesan di pusat jagaan warga emas berkenaan.

"Kita percaya ia berlaku daripada orang luar kemungkinan pelawat dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata, oleh itu pelawat pusat jagaan warga emas perlu menjalani ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu.

"Ini kerana warga emas merupakan individu yang berisiko tinggi," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kawasan sekitar pusat jagaan warga emas terbabit kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

"Ia bagi membolehkan aktiviti pengesanan dan saringan dilakukan," katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai jangkitan yang berlaku selepas kes indeks dimasukkan ke hospital.

"Ujian saringan dilakukan terhadap pesakit ketika dibawa ke fasiliti kesihatan KKM pada 17 Julai dan mendapati dia positif Covid-19," katanya.

Pada Ahad lalu, KKM melaporkan kes kematian berkaitan membabitkan lelaki warga emas dari pusat jagaan.

Pesakit yang berumur 72 tahun itu mempunyai penyakit darah tinggi kronik dan strok pada awalnya di rawat di hospital swasta dan menunjukkan gejala demam dan batuk pada 10 Julai.

Dia meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Enchee' Besar Hajjah Khalsom.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!