Tiru tandatangan pengarah pada cek

Tertuduh (belakang) ketika dibawa ke mahkamah hari ini.
Tertuduh (belakang) ketika dibawa ke mahkamah hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua akaun di sebuah syarikat pengangkutan swasta dijatuhi hukuman penjara lima tahun enam bulan dan didenda RM 283,500 oleh Mahkamah Sesyen hari ini, selepas mengaku salah terhadap 81 pertuduhan mengeluarkan cek berjumlah RM5.5 juta dengan meniru tandatangan pengarah syarikat tempatnya bekerja.

Hakim, Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh tertuduh, Teo Chee Peng, 53, mengekalkan pengakuan bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada tarikh jatuh hukum, hari ini.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh bagi 42 pertuduhan lain berhubung pemalsuan cek.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai ketua akaun syarikat ketika itu, didakwa melakukan pecah amanah dengan mengeluarkan cek berjumlah RM5,502,414 kepada syarikat Revolusi Angkasa Sdn Bhd dengan meniru tandatangan pengarah syarikat iaitu Yap Choon Lai, 64.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukannya di sebuah pejabat di Jalan 1/46A Off Jalan Selinsing 7, Taman Niaga Waris di sini antara 12 Mei 2012 sehingga 17 Mac tahun ini.

Mengikut fakta kes, pada 1 Jun lalu, pengadu iaitu pengarah dan pemilik syarikat kepada Public Cab Sdn. Bhd.dan Ken Chuan Enterprise telah menerima panggilan dari Bank Hong Leong yang ingin membuat semakan pengesahan pengeluaran cek berjumlah RM28,730 untuk dibayar kepada syarikat Revolusi Angkasa Sdn. Bhd.

Pengadu kemudian diberitahu oleh pekerjanya, Vivian yang mana cek tersebut dikeluarkan pengadu sedangkan pengadu tidak pernah tandatangani cek tersebut.

Tidak puas hati dengan tandatangan pada cek itu, pengadu kemudian bertanya kepada tertuduh berkaitan cek itu dan pengadu mengaku memalsukan tandatangan pada cek tersebut dengan meniru tandatangan pengadu.

Artikel Berkaitan:

Hasil semakan mendapati tertuduh turut meniru tandatangan pengadu pada cek-cek lain dan pengadu kemudian membuat laporan polis.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman secara serentak bermula dari tarikh tangkapan pada 2 Julai lalu dan jika gagal bayar denda tertuduh akan dipenjara selama setahun lima bulan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Hajar Hamzah manakala tertuduh diwakili peguam, Tia Poh Yew.