Akta Kebajikan Haiwan tangani penganiaya haiwan zalim, kejam

Antara laporan Sinar Harian membabitkan kes penganiayaan haiwan.
Antara laporan Sinar Harian membabitkan kes penganiayaan haiwan.
A
A
A

SEMAKIN menjadi-jadi pula kes penganiayaan terhadap haiwan yang dilaporkan media sejak akhir-akhir ini menunjukkan manusia semakin hilang kewarasan dalam berfikir.

Haiwan juga adalah makhluk bernyawa ciptaan ALLAH yang perlu disayangi dan dilindungi sama seperti ciptaan yang lain.

Menyayangi segala ciptaan Tuhan menunjukkan kita adalah insan yang benar-benar memahami tentang hakikat kehidupan sebenar

Individu yang menzalimi haiwan ternyata memiliki pemikiran yang tidak normal, malah seorang yang bacul kerana hanya berani untuk bertindak kejam terhadap binatang.

Mujurlah di negara kita ini, kerajaan mewujudkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang menetapkan seseorang yang menzalimi haiwan boleh didenda maksimum sebanyak RM75,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, di bawah Seksyen 44 (1) (d) Akta Haiwan 1953 (Pindaan 2006), jika terdapat pemilik haiwan meninggalkan haiwan peliharaan tanpa penjagaan yang betul seperti tidak cukup makan dan dikurung dalam sangkar atau rumah yang mana boleh mengakibatkan kesakitan atau penderitaan kepada haiwan terbabit, mereka boleh dihukum.

Jika didapati bersalah, pemilik haiwan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Atas sebab itulah, tanggungjawab menjaga haiwan peliharaan adalah berat dan memerlukan penjagaan rapi.

Artikel Berkaitan:

Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, manusia adalah berdosa jika mereka menganiaya haiwan sama ada binatang haram atau yang halal dimakan atau disentuh bagi orang Islam.

Menurutnya, semua haiwan perlu dikasihani melainkan yang membahayakan nyawa maka dibolehkan untuk membunuhnya.