Kebakaran surau berpunca litar pintas

Sebuah surau di Taman Banting Baru, Banting terbakar semalam dipercayai akibat litar pintas.
Sebuah surau di Taman Banting Baru, Banting terbakar semalam dipercayai akibat litar pintas.
A
A
A

BANTING - Bomba mengesahkan kebakaran sebuah surau di Taman Banting di sini semalam berpunca daripada litar pintas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kebakaran kira-kira jam 3.15 petang itu berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dengan bantuan penduduk.

"Siasatan mendapati surau berkenaan tidak beroperasi lebih dari empat bulan berikutan pandemik Covid-19 dan mula beroperasi minggu lalu selepas mendapat kebenaran Pejabat Agama Daerah dan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Punca kebakaran disahkan oleh bomba berpunca daripada litar pintas disebabkan terdapat kerosakan pada pendawaian elektrik di surau berkenaan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan berkata, kejadian berkenaan tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

"Bomba juga masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti anggaran kerugian akibat insiden berkenaan," katanya.

Artikel Berkaitan: