Penyelidikan baharu temui kanak-kanak boleh pindahkan Covid-19

No Image Caption
A
A
A

WASHINGTON - Kanak-kanak berusia antara 10 dan 19 tahun boleh menyebarkan Covid-19 kepada isi rumah sama seperti individu dewasa, lapor agensi berita Xinhua berdasarkan penyelidikan baharu jurnal 'Emerging Infectious Diseases' diterbitkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan menganalisis laporan untuk 59,073 kontak daripada 5,706 pesakit indeks Covid-19 yang dilaporkan di Korea Selatan pada 20 Januari hingga 27 Mac.

Daripada 10,592 kontak isi rumah, 11.8 peratus mempunyai Covid-19 dan kadarnya lebih tinggi untuk kontak kanak-kanak berbanding dewasa, menurut kajian itu. Daripada 48,481 kontak bukan isi rumah, 1.9 peratus mempunyai Covid-19.

Penyelidik juga mendapati kadar Covid-19 tertinggi pada 18.6 peratus untuk kontak isi rumah kanak-kanak usia persekolahan dan terendah pada 5.3 peratus untuk kontak isi rumah kanak-kanak 0-9 tahun pada pertengahan penutupan sekolah.

"Kadar lebih tinggi untuk kontak kanak-kanak berbanding orang dewasa," kata penulis.

"Risiko ini sebahagian besarnya mencerminkan penularan di tengah-tengah mitigasi dan oleh itu mungkin mencirikan dinamik pemindahan semasa penutupan sekolah." - Bernama

Artikel Berkaitan: