MAIWP salur bantuan kepada mangsa kebakaran

Johari (empat dari kanan) menunjukkan tempat api mula merebak sebelum memusnahkan seluruh rumahnya.
Johari (empat dari kanan) menunjukkan tempat api mula merebak sebelum memusnahkan seluruh rumahnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MAIWP) menerusi Baitulmal hari ini menghulurkan sumbangan kepada sebuah keluarga yang hilang tempat berteduh selepas rumah mereka di Taman Batu Muda di sini terbakar Ahad lalu.

Sumbangan wang tunai sebanyak RM2,000 dan kit musibah mengandungi barang keperluan serta makanan kering disampaikan Pengarah MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien Al-Habshee kepada mangsa, Johari Latif, 56, dan isteri, Khalijah Ghazali, 45.

Khalijah berkata, kejadian pada jam 5.30 pagi itu menyebabkan dia sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kini menumpang di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya.

"Kami masih berfikir untuk mencari rumah sewa dengan kadar RM400 sebulan atau membina rumah baharu di tapak sama.

"Jika dapat bantuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) lagi baik, tetapi setakat ini belum ada wakil daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau wakil rakyat kawasan membuat tawaran itu," katanya selepas majlis penyerahan bantuan di Taman Batu Muda hari ini.

Syed Hussien (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Johari dan isteri.
Syed Hussien (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Johari dan isteri.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Bahagian Baitulmal, Md Fadzli Md Saad.

Khalijah berkata, kejadian kebakaran pada pagi Ahad lalu itu disedari suaminya berpunca daripada api ubat nyamuk di bilik anak mereka yang menyambar selimut sebelum merebak ke seluruh ruang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Syed Hussien berkata, MAIWP dengan kerjasama wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kawasan Batu akan merujuk isu penempatan keluarga tersebut untuk perhatian pihak DBKL.

"Johari bekerja sebagai buruh am dengan pendapatan RM50 buntu selepas kejadian yang memusnahkan kediamannya.

"Saya akan mohon kepada DBKL untuk memberi keutamaan rumah PPR kepada keluarga ini supaya mereka dapat berteduh," katanya.