'Calon nama Speaker DUN Kedah hak mereka'

Johari (duduk di tengah) pada sidang akhbar Majlis Penubuhan dan Pelancaran Jawatankuasa PH Kedah Peringkat Parlimen di Kedah di Pejabat Amanah Stargate, Alor Setar hari ini.
Johari (duduk di tengah) pada sidang akhbar Majlis Penubuhan dan Pelancaran Jawatankuasa PH Kedah Peringkat Parlimen di Kedah di Pejabat Amanah Stargate, Alor Setar hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Cadangan Perikatan Nasional (PN) mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang baharu adalah hak mereka sebagai kerajaan negeri.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan negeri berhak untuk mencadangkan sesiapapun untuk memegang jawatan tersebut pada Sidang DUN nanti.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya beranggapan tidak salah sekiranya Speaker DUN Kedah ketika ini, Datuk Ahmad Kassim dikekalkan.

"Apapun terpulang kepada kerajaan negeri kerana mereka merupakan majoriti," katanya pada sidang akhbar Majlis Penubuhan dan Pelancaran Jawatankuasa PH Kedah peringkat Parlimen di Kedah di Pejabat Amanah Stargate di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Juhari calon Speaker baharu DUN Kedah

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Juhari yang juga Timbalan Speaker DUN Kedah akan dicalonkan sebagai Speaker DUN yang baharu pada Sidang DUN Kedah yang dijadualkan berlangsung pada 16 Ogos depan.

Juhari menggalas jawatan Timbalan Speaker DUN Kedah bermula 4 Julai 2018 ketika era pentadbiran kerajaan PH selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pada 2018, kemelut pelantikan Speaker DUN Kedah timbul apabila kedudukan kerusi PH dan pembangkang tergantung dengan kedudukan terikat 18-18.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kemelut itu selesai apabila Ahmad Kassim dilantik melalui proses undian dalam Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Sidang DUN Ke-14 di Wisma Darul Aman di sini.