Speaker DUN Perak ingatkan ADUN pakai tali leher

Mesyuarat ketiga tahun pertama DUN ke-15 yang memasuki hari ketiga itu bermula Isnin lepas dan akan berakhir esok.
Mesyuarat ketiga tahun pertama DUN ke-15 yang memasuki hari ketiga itu bermula Isnin lepas dan akan berakhir esok.
A
A
A

IPOH - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Mohammad Zahir pada Rabu menegur Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak memakai tali leher ketika sidang berlangsung.

Tanpa menyebut nama ADUN berkenaan, Mohammad berkata, pada tahun lepas keputusan yang telah ditetapkan DUN itu ialah semua ADUN dan pegawai kerajaan yang hadir ketika persidangan mesti memakai tali leher.

"Saya suka nak maklumkan di sini, saya ingat lagi tahun sudah (lepas) saya dah tetapkan yang memakai sut mesti memakai tali leher, jadi dalam waktu yang berbaki ini saya minta yang berhormat sila patuhi aturan mesyuarat ini.

"Jika rumah (dewan) lain, dewan rakyat misalnya mungkin putuskan kaedah lain tetapi di dewan ini speaker putuskan mesti pakai tali leher,” katanya yang mengambil ruang selepas sesi soal jawab soalan pertama di persidangan DUN Perak di sini pada Rabu.

Mesyuarat ketiga tahun pertama DUN ke-15 yang memasuki hari ketiga itu bermula Isnin lepas dan akan berakhir esok.

Terdahulu, mulai persidangan Dewan Rakyat Disember tahun lepas, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul menetapkan Ahli Parlimen yang memakai sut diberi pilihan untuk memakai tali leher atau sebaliknya ketika persidangan.

Pada Mac lepas pula, persidangan DUN Melaka meluluskan usul memberi kelonggaran ADUN memakai baju batik berlengan panjang pada Khamis dan tidak mengenakan tali leher pada hari persidangan DUN. - Bernama