Tiga ditahan memandu dalam keadaan mabuk

Antara individu yang menjalani ujian kandungan alkohol pada Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya awal pagi ini.
Antara individu yang menjalani ujian kandungan alkohol pada Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya awal pagi ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Tiga lelaki ditahan selepas didapati memandu dalam keadaan mabuk menerusi Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah di Petaling Jaya awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, suspek berusia 36 hingga 55 tahun itu ditahan dalam operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi.

Menurutnya, seramai 266 pengguna jalan raya dan 219 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

"Tiga individu itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi daripada ditetapkan.

"Sebanyak 44 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, 26 daripada saman itu adalah kesalahan memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua individu yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: