Polis berkas Kumpulan Karu

Shafa'aton menunjukkan sebahagian mata wang asing yang dicuri oleh Kumpulan Karu di sebuah rumah yang dipecah masuk di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 8 Julai lalu.
Shafa'aton menunjukkan sebahagian mata wang asing yang dicuri oleh Kumpulan Karu di sebuah rumah yang dipecah masuk di Saujana Utama, Sungai Buloh pada 8 Julai lalu.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Tujuh individu bersaudara antara lapan ditahan dalam Op Pintu Khas Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dipercayai aktif dalam 30 kes samun dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, tangkapan ke atas individu berusia 15 hingga 37 tahun itu dibuat hasil daripada enam serbuan sekitar daerah itu termasuk Shah Alam dan Ampang melibatkan anggota kumpulan berkenaan yang dikenali sebagai Kumpulan Karu.

Pelbagai jenis jam tangan berjenama dipercayai hasil samun ditemui semula hasil tangkapan ke atas anggota Kumpulan Karu dalam operasi yang dijalankan bermula 10 hingga 16 Julai.
Pelbagai jenis jam tangan berjenama dipercayai hasil samun ditemui semula hasil tangkapan ke atas anggota Kumpulan Karu dalam operasi yang dijalankan bermula 10 hingga 16 Julai.

"Operasi dijalankan rentetan satu kes pecah rumah di kawasan Saujana Utama pada 8 Julai lalu mengakibatkan kerugian mangsa berjumlah RM30,000. Kita lancarkan operasi bermula 10 hingga 16 Julai yang turut berjaya menahan ketua kumpulan itu yang bernama Karu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut Shafa'aton, polis menemui semula sebahagian barang kemas, jam tangan, telefon bimbit serta sejumlah mata wang asing dipercayai hasil curi dan samun kumpulan berkenaan yang keseluruhannya bernilai RM80,000.

Barang kemas yang tidak sempat digadai oleh kumpulan berkenaan berjaya dirampas oleh polis.
Barang kemas yang tidak sempat digadai oleh kumpulan berkenaan berjaya dirampas oleh polis.

"Enam yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan menyasarkan kediaman untuk dipecah masuk serta samun tepi jalan. Hasil samun yang diperoleh akan dijual di kedai pajak gadai dan untuk kegunaan sendiri," katanya.

Shafa'aton berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan pecah rumah.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah boleh menyalurkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.