Sembilan termasuk lima kakitangan MOF direman kes rasuah

Sembilan individu termasuk lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) direman selama enam hari.
Sembilan individu termasuk lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) direman selama enam hari.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sembilan individu termasuk lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan (MOF) direman selama enam hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa mengenai pendaftaran akaun baharu e-perolehan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua mereka direman bermula hari ini sehingga 22 Julai ini.

Lapan suspek berusia lingkungan 30 hingga 47 tahun ditangkap SPRM semalam selepas dipercayai mempercepatkan proses pendaftaran akaun e-perolehan baharu.

SPRM membuat satu lagi tangkapan terhadap suspek dipercayai terlibat dalam sindiket berkenaan.

Bagi mendapatkan status syarikat bumiputera, sindiket itu mengenakan bayaran antara RM500 hingga RM3,500 untuk setiap permohonan.

Malahan status bumiputera akan diluluskan dalam tempoh 24 jam dan dibuat tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.

Risikan yang dijalankan selama enam bulan mendedahkan bahawa kegiatan sindiket itu telah bermula sejak 2017 dan ratusan ribu ringgit wang rasuah dikutip sindiket daripada syarikat di sekitar Lembah Klang.

Artikel Berkaitan: