X

Kindly register in order to view this article
!

'Allahyarham Khusairi wakil rakyat yang berpengalaman luas'

Mohd Khusairi disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan jantung petang tadi. Gambar kiri: Mohammad Zahir
A
A

IPOH - Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang meninggal dunia hari ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, selama empat penggal menjadi ADUN, Allahyarham diberi kepercayaan untuk dilantik menganggotai Jawatankuasa Pilihan Penggalan DUN Perak.

Sejak tahun 2004, katanya, Mohd Khusairi telah dipilih menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) serta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Perak.

"Kematian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan yang amat besar kepada Dewan Negeri Perak memandangkan Allahyarham merupakan ADUN yang berpengalaman luas dan telah menyumbangkan banyak jasa bakti kepada negeri secara amnya dan kepada DUN Slim khususnya.

"Bagi pihak seluruh Ahli Dewan Negeri Perak, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohammad Zahir berkata, terbaharu pada 12 Mei lalu, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak penggal ke-14.

Mohd Khusairi disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, Pahang akibat serangan jantung petang tadi.

Allahyarham akan dibawa ke rumah ibunya di Felda Sungai Behrang, Slim River dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran.

[Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/92313/BERITA/Nasional/ADUN-Slim-meninggal-dunia]


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus