X

Kindly register in order to view this article
!

Yuyu, rakan direman empat hari kes curi lembu

Wanita dikenali sebagai Yuyu (dua dari kiri) dan rakannya keluar dari bilik Mahkamah Bachok hari ini.
A
A

BACHOK - Seorang wanita dikenali sebagai Yuyu yang tular di media sosial kerana didakwa terlibat dalam kegiatan mencuri lembu di sekitar negeri ini ditahan reman empat hari di Mahkamah Majistret Bachok di sini hari ini.

Perintah reman terhadap wanita berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor.

Turut sama direman seorang lagi wanita berusia 22 tahun yang juga rakan suspek.

Reman berkuat kuasa hari ini sehingga 18 Julai depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan reman berkenaan.

“Kedua-dua mereka ditahan oleh polis Kelantan di lokasi di Paka, Terengganu pada jam 6.45 petang semalam.

Wanita dikenali sebagai Yuyu (dua dari kiri) dan rakannya keluar dari bilik Mahkamah Bachok hari ini.
Wanita dikenali sebagai Yuyu (dua dari kiri) dan rakannya keluar dari bilik Mahkamah Bachok hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 kerana mencuri, Seksyen 6 (1) Kanun Keseksaan kerana memiliki pisau dan Akta Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No 2) 2020 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Pada 10 Julai lalu, seorang lelaki berusia 29 turut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bagi membantu siasatan kes sama.

Pada April lalu, polis menahan seorang penganggur kerana disyaki mencuri dua ekor lembu selepas menyuntiknya dengan ubat pelali di Kampung Lembah Semerak di Pasir Puteh.

Pada masa sama, polis mencari Yuyu yang beralamat di Bachok bagi membantu siasatan sama.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus