X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin penyelamat bukan pengkhianat: Shahidan

Shahidan Kassim
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penyelamat dan bukan pengkhianat seperti didakwa segelintir pihak.

Shahidan berkata, perkara itu tidak akan berlaku jika Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas Perdana Menteri ke tujuh tidak meletakkan jawatannya pada Februari lalu.

“Kita kena perbetulkan supaya rakyat faham mereka menuduh Ahli Parlimen Pagoh sebagai pengkhianat. Sebenarnya Ahli Parlimen Pagoh adalah penyelamat kerana ambil alih selepas Ahli Parlimen Langkawi (letak jawatan).

“Kalau Langkawi tidak berhenti, Pagoh tidak akan kacau,” katanya mencelah sesi bahas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, kesemua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri namun ia ditarik balik selepas Mahathir bertindak meletakkan jawatan.

“Kami semua tanda tangan Akuan Bersumpah (SD) menyokong (Ahli Parlimen) Langkawi tapi tiba-tiba Langkawi berhenti. Kami (kemudiannya) menyokong Ahli Parlimen Pagoh,” katanya.

Pada Februari lalu, Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan surat peletakan jawatan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus