Lelaki tawar AS$100,000 cari pembunuh isteri

Robert dan Thelma
Robert dan Thelma
A
A
A

WINNIPEG - Suami kepada Thelma Krull menawarkan wang tunai sebanyak AS$100,000 (RM426,600) kepada individu yang memberikan maklumat tentang pembunuhan isterinya itu, lapor portal berita CBC pada 11 Julai lalu.

"Saya tidak mempunyai kepercayaan terhadap polis bagi menyelesaikan masalah ini, " kata suami wanita itu, Robert Krull dalam satu wawancara dengan stesen televisyen itu.

Sabtu lalu merupakan hari ulang tahun kematian kelima Thelma, 57, yang didapati hilang selepas dia keluar dari rumah di kawasan Grassie Boulevard dan berjalan kaki sehingga ke Civic Park dekat Kildonan East Collegiate di Winnipeng.

Tawaran tersebut diberikan kepada mana-mana pihak yang tampil memberitahu polis sehingga tertangkapnya pelaku pembunuhan itu.

Bagaimanapun, maklumat tersebut perlu diberikan kepada pihak berkuasa dalam tempoh enam bulan.

Polis percaya isterinya mungkin terlibat dalam pergaduhan sebelum dia bertindak keluar dari rumah.

Pada Oktober 2018, tulang-tulang milik Thelma ditemui di dalam kawasan hutan oleh pemburu-pemburu dekat Jalan Chemin Perrin di kawasan luar bandar Tache, tenggara Winnipeg.

Setakat ini polis tidak membuat sebarang tangkapan dan tidak ada maklumat baru dikeluarkan kepada orang awam berhubung kejadian pembunuhan isteri Robert.

Artikel Berkaitan:

Pada 11 Julai tahun lalu, pihak berkuasa mengumumkan seorang pemandu sebuah kenderaan sedan empat pintu berwarna keemasan diburu kerana dia dipercayai mempunyai maklumat mengenai Thelma yang hilang pada tahun 2015.

"Pembunuhan itu sudah berlaku lima tahun lalu dan saya tidak pernah mendengar perkembangan kes ini sejak Mac 2018," kata Robert. - Agensi