X

Kindly register in order to view this article
!

Muar dilanda banjir

Hujan lebat sejak malam tadi ditambah dengan fenomena air pasang menyebabkan 22 kawasan di Muar dinaiki air.
A
A

MUAR - Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, Muar di sini pagi tadi.

Sekteriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muar berkata, empat lagi PPS bakal dibuka di Dewan Maharani, SMK Dato Amar Diraja, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma dan SMK Sungai Abong.

Hujan lebat sejak malam tadi ditambah dengan fenomena air pasang menyebabkan 22 kawasan di Muar mula dinaiki air iaitu di Kampung Sabak Awor, Kampung Seri Menanti, Parit Tengah, Parit Sungai Abong dan Sungai Bentayan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu memindahkan penduduk Kampung Sabok Awor ke PPS SMK Bandar Maharani.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu memindahkan penduduk Kampung Sabok Awor ke PPS SMK Bandar Maharani.

"Seterusnya, Sungai Gersik, Air Hitam Batu 18, Taman Sungai Abong, Taman Orkid, Taman Damai, Taman Mutiara, Jalan Hospital, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan, Jalan Bentayan dan Jalan Dato Haji Kassim.

"Selain itu Parit Salman, Kampung Kelantan, Taman Temenggong Ahmad, Parit Perupuk, Kampung Dato Seri Amar Diraja dan Jalan Bakri," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut JPBD Muar, hujan melebihi 60 milimeter (mm) sejak jam 4 pagi tadi dicatatkan di stesen mencerap hujan di Tanjung Agas, Ladang Air Manis dan Air Hitam Batu 15.

Penduduk yang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SMK Bandar Maharani.
Penduduk yang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di SMK Bandar Maharani.

"Agensi berkaitan masih memantau keadaan dan cuaca dari masa ke masa terutama di tempat rendah yang berisiko.

"Penduduk yang tinggal di kawasan rendah diminta berwaspada dan segera berpindah sekiranya diarahkan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!