'Al Jazeera gagal fahami strategi, SOP Malaysia'

Khairil Nizam Khirudin
Khairil Nizam Khirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda Pas kecewa laporan Al Jazeera bertajuk 'Locked Up in Malaysia's Lockdown' yang disifatkan tidak cukup maklumat, tidak beretika dan menyimpang daripada fakta realiti sebenar.

Ketuanya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, Al Jazeera gagal memahami strategi dan prosedur operasi standard (SOP) kerajaan Malaysia yang terbukti efektif dalam menangani pandemik Covid-19 sehingga diiktiraf sebagai negara terbaik oleh kebanyakan negara besar di dunia pada hari ini.

"Tahniah dan terima kasih kepada pihak berkuasa, Jabatan Imigresen dan polis yang mengambil tindakan pantas ke atas individu-individu terlibat bagi membantu penyiasatan untuk menyelesaikan isu ini melalui undang-undang yang diperuntukkan.

"Pemuda Pas percaya, pihak berkuasa Malaysia akan mengambil tindakan secara bijaksana dan menyelesaikan isu ini segera," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, menurutnya, Pemuda Pas juga ingin menuntut penjelasan daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah di atas tindakan disiplin dikenakan kepada wartawan Bernama TV, Herleena Pahlavy.

"Pendirian kami setiap daripada tindakan disiplin yang diambil mestilah berlandaskan kepada asas yang jelas seperti yang termaktub di dalam undang-undang sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan: