Pemandu bas maut dibelasah penumpang

Keluarga pemandu bas, Philippe Monguillo, mengetuai perarakan tunjuk perasaan di Bayonne, Perancis, pada 8 Julai 2020.
Keluarga pemandu bas, Philippe Monguillo, mengetuai perarakan tunjuk perasaan di Bayonne, Perancis, pada 8 Julai 2020.
A
A
A

PARIS - Seorang pemandu bas di Perancis maut akibat dibelasah oleh penumpang selepas meminta mereka memakai topeng muka.

Serangan yang berlaku pada hujung minggu lalu di barat daya Boyanne menyebabkan Philippe Monguillot, 59, mengalami mati otak sebelum meninggal dunia di hospital semalam.

Menurut anaknya, Marie, keluarga memutuskan untuk mematikan sistem sokongan hidup dan turut mendapat persetujuan doktor.

Dalam pada itu, dua lelaki didakwa atas percubaan membunuh dan pendakwa raya, Jerome Bourrier meminta dakwaan tersebut dipinda susulan kematian Monguillot. - AFP

Artikel Berkaitan: