SPR sahkan Azhar letak jawatan

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengesahkan bahawa Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun meletak jawatan berkuat kuasa pada 29 Jun lalu.

Menurut SPR, peletakan jawatan itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui surat Istana Negara bertarikh 30 Jun lalu.

“Selaras dengan Perkara 11 (7) Perlembagaan Persekutuan, Profesor Madya Dr Azmi Sharom, selaku Timbalan Pengerusi SPR akan menjalankan tugas-tugas Pengerusi sehingga pelantikan pengerusi SPR yang baharu,” kata kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, SPR menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Azhar di atas sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN - Azhar dicalonkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azalina jadi timbalan

Azhar dilantik sebagai Pengerusi SPR bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai 2018.

Berhubung spekulasi peletakan jawatan di SPR itu, beberapa media sebelum ini melaporkan bahawa Azhar ditawarkan untuk memegang jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: