Tabung Dr Mahathir Mohamad dilancar

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Tahunan ke-10 dan Mesyuarat Agung Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IAACA) bertemakan '15 Tahun Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu Memerangi Rasuah, Pencapaian dan Prospek' di Pusat Antarabangsa Vienna (VIC) pada Selasa. - Foto Bernama

A
A
A

VIENNA - Persatuan Pihak-Pihak Berkuasa Anti Rasuah Antarabangsa (IAACA) hari ini melancarkan Tabung Dr Mahahthir Mohamad untuk membantu para pegawai yang ditindas ketika menjalankan tugas.

Pengumuman itu dibuat oleh Presiden IAACA, Dr Ali Fetais Al-Marri semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan dan Mesyuarat Agung IAACA ke-10 di Pusat Persidangan Antarabangsa Vienna di sini.

Al-Marri yang juga Peguam Negara Qatar berkata, tabung itu mengambil sempena nama Perdana Menteri Malaysia sebagai mengiktiraf usaha Dr Mahathir memerangi rasuah.

Al-Marri berkata, Qatar bersetuju untuk menubuhkan tabung berkenaan dengan sumbangan sebanyak 1 juta Riyal Qatar (RM1.14 juta).

Persidangan itu yang bermula hari ini akan berakhir pada 24 Januari. - Bernama

Artikel Berkaitan: