Akhirnya semua bersemadi

Mayat terakhir insiden bot terbalik di perairan Kemasin tiba di jeti pada jam 5.12 petang tadi dan dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat.
Mayat terakhir insiden bot terbalik di perairan Kemasin tiba di jeti pada jam 5.12 petang tadi dan dibawa ke HRPZ II untuk bedah siasat.
A
A
A

BACHOK - Mayat terakhir insiden bot terbalik di perairan Kemasin akhirnya ditemui petang hari ini menjadikan kesemua angka korban tragedi tragis itu berjumlah lapan orang.

Mayat Arman Ismail, 43, ditemui pada jam 2.20 petang sejauh tiga batu nautika daripada lokasi mayat ketujuh yang ditemui kurang empat jam sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Shamsulmuddin Sulaiman berkata, mayat dijumpai oleh nelayan dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) pada 40 batu nautika daripada Jeti Perikanan Kemasin di sini.

Katanya, jenazah tiba di jeti pada jam 5.12 petang dan pengecaman identiti dilakukan oleh kakak mangsa, Aida Ismail, 50, serta keluarga berdasarkan pakaian mangsa.

“Hasil pemeriksaan pada mayat menemukan kad pengenalan diri, kad bank dan dokumen tertera nama mangsa.

“Penemuan mangsa kelapan ini menjadikan kesemua yang hilang dalam insiden bot terbalik ini sudah berjaya dijumpai,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Perikanan Kemasin di sini, hari ini.

Beliau berkata, mangsa berasal dari Bukit Marak dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk bedah siasat.

Lebih menyedihkan isteri Allahyarham, Siti Ayu Ishak, 30, difahamkan turut kehilangan anak keempat mereka yang masih dalam kandungan berusia beberapa minggu.

Artikel Berkaitan:

Siti Ayu menjalani pembedahan semalam kerana mengandung luar rahim selain arwah juga dikatakan tidak sempat mengetahui isterinya hamil.

Siti Ayu (tengah) yang menangis di Jeti Perikanan Kemasin pada hari kejadian suaminya dilaporkan hilang di lautan apabila bot dinaiki bersama 19 yang lain terbalik dibadai ribut dan ombak besar.
Siti Ayu (tengah) yang menangis di Jeti Perikanan Kemasin pada hari kejadian suaminya dilaporkan hilang di lautan apabila bot dinaiki bersama 19 yang lain terbalik dibadai ribut dan ombak besar.

Sebelum itu, mayat ketujuh, Encik Wadi Bakar ditemui pada jam 10.30 pagi hari ini iaitu pada hari ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan.

Dalam pada itu, Pengarah APMM Kelantan, Kepten Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, mayat mangsa terakhir hari ini ditemui kira-kira 31.4 batu nautika daripada jarak lokasi kejadian bot terbalik pada jam 8.30 malam, Isnin lalu.

“Penemuan itu menjadikan SAR secara rasminya ditutup selepas menerima arahan daripada pusat.

“Kami dibantu banyak pihak dan akan meneruskan kerjasama baik seperti ini dalam operasi akan datang terutama bantuan dari nelayan serta semua agensi yang membolehkan pencarian mangsa tragedi ini selesaikan dengan cepat,” katanya.

Pada Isnin lalu, sebuah bot dinaiki 20 individu yang pergi memancing dan mencandat sotong terbalik di Perairan Kemasin mengakibatkan lapan meninggal dunia manakala sejumlah 12 mereka selamat.

Empat mereka yang meninggal dunia ditemui sejurus kejadian manakala selebihnya yang hilang disahkan maut selepas ditemui satu persatu dalam tempoh tujuh hari sehingga hari ini.

Mayat terakhir insiden bot terbalik di perairan Kemasin tiba di jeti pada jam 5.12 petang tadi.
Mayat terakhir insiden bot terbalik di perairan Kemasin tiba di jeti pada jam 5.12 petang tadi.