X

Kindly register in order to view this article
!

Pengurus kilang, dua syarikat didenda RM320,000

Hock Meng, 51, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan menggunakan premis tersebut untuk penstoran buangan terjadual SW311 tanpa lesen dan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pengurus kilang pemprosesan minyak terpakai dan dua syarikat didenda RM320,000 serta dihukum penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah terhadap 16 pertuduhan termasuk menjadikan premis sebagai stor buangan terpakai tanpa kebenaran pada April tahun lalu.

Hakim, Tuan Tengku Shahrizam Tuan Lah menjatuhkan hukuman itu terhadap Cheam Hock Meng, Hai Soon Huat Marine Sdn Bhd, Hai Ian Oil Sdn Bhd ketika kes disebut di hadapannya semalam.

Berdasarkan pertuduhan, Hock Meng, 51, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan menggunakan premis tersebut untuk penstoran buangan terjadual SW311 tanpa lesen dan kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling.

Dia juga mengaku membenarkan premis dijadikan tempat buangan terjadual SW322, SW421 dan SW429 tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling selain menjalankan aktiviti tanpa kelulusan Laporan Kesan Penilaian Kepada Alam Sekitar (EIA).

Beliau yang juga mewakili syarikat Hai Soon Huat Marine dan Hai Ian Oil turut mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan yang sama.

Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 19(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Sekyen18(1), Seksyen 34(1)(a) dan 34A(2) akta sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam kenyataannya berkata, selain menjalankan proses tersebut tanpa kelulusan jabatan itu, dua kilang terbabit juga didapati gagal diurus dengan baik hingga berlaku limpahan minyak hitam dari tangki simpanan sehingga menyebabkan pencemaran ke Sungai Langat.

Katanya, JAS Selangor akan berterusan melaksanakan penguatkuasaan tegas bagi membanteras kegiatan yang berpotensi mencemar sumber air di negeri ini.

"Untuk rekod, Ops Gempur Negeri Selangor diadakan pada 16, 18 dan 23 Jun lalu melibatkan pemeriksaan ke premis atau kilang yang terletak di lembangan Sungai Langat dan Sungai Selangor.

"Dalam operasi tersebut, sebanyak 97 kompaun berjumlah RM194,000 dikeluarkan selepas pemeriksaan di 118 premis dan kilang," katanya


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus