Ibu suap makanan ketika 'live' majlis graduasi

Graduan sempat mengunyah makanan yang disuap ibu ketika 'live' majlis graduasi Universiti Sebelas Maret.
Graduan sempat mengunyah makanan yang disuap ibu ketika 'live' majlis graduasi Universiti Sebelas Maret.
A
A
A

JAKARTA - Majlis graduasi sebuah universiti dilaksanakan secara dalam talian menarik perhatian umum selepas salah seorang daripada graduan yang siap berjubah memaparkan aksi lucu.

Menerusi perkongsian di Instagram @meme.comik.Indonesia menunjukkan graduan wanita dikenali Renna_nad daripada Universiti Sebelas Maret dilihat tenang sambil mulut mengunyah makanan yang disuap ibunya, lapor IndoZone.

Kejadian itu dirakam secara langsung menerusi dalam talian dan tular di media sosial.

Berikutan wabak Covid-19, semua graduan perlu berada di rumah dan menyertai majlis tersebut secara dalam talian dan mengikut protokol majlis.

Video berkenaan mendapat tontonan lebih 91,000 tanda suka nyata menghiburkan netizen.

Netizen dikenali @kedlmalika berkata, "Sebelum sertai majlis graduasi, perlu makan juga. Sangat manja."

Kata @DikaZicaedmon, "Walaupun saya sudah dewasa tapi masih lagi mahu ibu suapkan makanan. Kenapa hendak malu?"

Artikel Berkaitan: