X

Kindly register in order to view this article
!

DOJ dapatkan semula aset 1MDB didakwa diseleweng

Gambar fail menunjukkan poster syarikat 1MDB di sebuah papan tanda di Kuala Lumpur. - Foto AFP
A
A

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (DoJ) kini berusaha untuk mendapatkan semula aset-aset hartanah dan lukisan bernilai AS$96 bilion (RM411.46 juta) yang didakwa mempunyai kaitan dengan pelaburan haram syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Agensi berita Reuters semalam melaporkan, aset-aset itu termasuk hartanah mewah di Paris, Perancis dan lukisan oleh Claude Monet dan Andy Warhol yang mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB itu dan para pegawai Malaysia, kata DoJ dalam satu kenyataan,.

Sebelum ini, agensi berita Bernama melaporkan, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha bagi mendapatkan semula aset-aset 1MDB bermula pada Jun 2018.

Dana itu termasuk AS$57 juta (RM244.30 juta) hasil penyelesaian bersama Red Granite Pictures (dikreditkan pada Mac 2019), AS$137 juta (RM587.18 juta) hasil jualan kepentingan Jho Low dalam Hotel Park Lane (dikreditkan pada April 2019) dan AS$126 juta (RM540.04 juta) hasil jualan kehakiman kapal layar mewah, Equanimity oleh Mahkamah Admiralti Malaysia (hasil dikreditkan dalam akaun amanah pada Disember 2019).

Tengku Zafrul turut menzahirkan penghargaan kerajaan Malaysia kepada kerajaan AS dan DOJ yang membabitkan usaha mendapatkan semula aset-aset milik Malaysia.

DOJ memulangkan hampir AS$200 juta (RM857.20 juta) kepada Malaysia pada Mei 2019. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!