Isu tunggakan gaji TCFC dapat perhatian

Ahmad Samsuri (empat, kanan) berjabat tangan bersama Bupati Lombok Utara, Dr Najmul Akhyar selepas pertemuan bersama yang diadakan di Pejabat Menteri Besar, di sini, hari ini.
Ahmad Samsuri (empat, kanan) berjabat tangan bersama Bupati Lombok Utara, Dr Najmul Akhyar selepas pertemuan bersama yang diadakan di Pejabat Menteri Besar, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA TERNGGANU – Isu tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih skuad bola sepak Terengganu City FC (TCFC) mendapat perhatian kerajaan Terengganu.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri sedia menjadi pemudah cara dalam membantu pasukan itu mendapatkan penajaan bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji itu.

“Kita boleh aturkan pertemuan antara pasukan itu dengan mana-mana penaja berpotensi di samping mengusahakan surat sokongan bagi memudahkan urusan tersebut,” katanya.

Menurutnya, pencapaian TCFC dalam arena bola sepak negara bagi mewakili Terengganu amat dibanggakan, namun, keadaan kewangan yang terhad menyukarkan usaha membantu kelab itu.

"Kerajaan negeri ada anak (pasukan bola sepak) yang perlu dijaga dan didahulukan, yang juga memberi implikasi kewangan agak besar dalam kalangan sukan-sukan di negeri Terengganu.

"Jadi agak sukar untuk kita bantu dari segi sumber kewangan, tetapi kita sebolehnya akan bantu menyokong mereka mendapatkan penajaan dan sebagainya," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama Kelab Wartawan Media Terengganu (Kawat) dan delegasi daripada Lombok Utara, di Pejabat Menteri Besar Terengganu, di sini, hari ini.

Terdahulu, isu tunggakan gaji bekas pemain dan jurulatih TCFC yang berlarutan sejak setahun lalu dikatakan hampir selesai apabila pengurusan baharu kelab bersedia membayarnya selepas pertemuan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), minggu ini.

Pertemuan bersama FAM itu diatur selepas pengurusan lama TCFC bersetuju menyerahkan kuasa penuh kepada pengurusan baharu untuk mengendalikan kelab itu.

Artikel Berkaitan: