Ada apa di dalam buku 9 MEI – CATATAN GARIS DEPAN?

No Image Caption
A
A
A

BUKU yang ditulis oleh Nik Nazmi Nik Ahmad ini mengisahkan 9 Mei menyaksikan detik-detik BARISAN NASIONAL ditumbangkan oleh PAKATAN RAKYAT setelah 61 tahun memerintah negara, sekali gus mencipta sejarah dalam politik di Malaysia.

Perjuangan dan pengorbanan bukan sahaja dilakukan oleh ahli politik yang lain, ia turut melibatkan beliau sendiri.

Ya, perjuangan Nik Nazmi tiada batasnya. Demi keadilan rakyat, beliau meneruskan hati kentalnya dengan memutuskan untuk bertanding di kerusi Parlimen Setiawangsa.

Ini merupakan kerusi tunggal di ibu negara di mana Barisan Nasional sendiri belum pernah tewas, meskipun mereka hampir hilang semua kerusi di Kuala Lumpur pada tahun 2008.

No Image Caption

Bagaimana ini berlaku? Apa propaganda dan muslihat yang terjadi sebelum dan selepas PRU 14?

Buku ini menjawab 1001 persoalan yang bermain di fikiran rakyat.

Buku ini boleh didapati di https://www.karangkrafmall.com dengan harga RM25.

Artikel Berkaitan:

Buku yang diterjemahkan daripada versi asal dalam bahasa Inggeris bertajuk 9 MAY 2018: NOTES FROM THE FRONTLINE ini akan berada di pasaran selepas 26 Januari 2019.

Berikut petikan buku '9 Mei 2018: Catatan dari Garis Depan' oleh Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

............................

BAB 8

RUNDINGAN

Pada Januari 2018, Pakatan Harapan mengadakan konvensyennya yang pertama. Satu persefahaman bersejarah telah dicapai bagi menghadapi PRU14: Dr. Mahathir Mohamad akan menjadi calon Perdana Menteri ketujuh bagi pakatan ini. Beliau sudah berusia 92 tahun dan akan mencapai usia 93 tahun pada Julai tahun ini.

Pemimpin yang dipecat dan dipenjarakan olehnya, Anwar Ibrahim, akan dinamakan sebagai Perdana Menteri kelapan. Isteri Anwar, Dr Wan Azizah yang merupakan Ketua Pembangkang, akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Dr Mahathir.

Rundingan kerusi Pakatan Harapan di Semenanjung Malaysia juga telah disimpulkan. BERSATU mendesak untuk mendapat kerusi paling banyak – mereka akhirnya bertanding di 52 kerusi, KEADILAN 51 kerusi, DAP 35 kerusi dan AMANAH 27 kerusi.

Tetapi pengumuman ini mempunyai dramanya tersendiri malah pada hari tersebut. AMANAH Johor memboikot konvensyen kerana mereka tidak gembira dengan agihan kerusi di negeri itu.

Apabila jelas Dr Mahathir akan diumumkan sebagai calon perdana menteri kelapan, satu kumpulan perwakilan KEADILAN – mereka yang menentang pembentukan Pakatan Harapan sejak mula dan berkata pakatan ini tidak mempunyai masa depan tanpa PAS – keluar dari dewan.

Mereka mahukan 51 Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dinamakan sebagai calon Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

BAB 9

MEMENANGI UNDI ANAK MUDA

Ketika tanggal Tahun Baru 2018, kami bersama NGO mengadakan perhimpunan Turun Turun: Turun Minyak Turun Najib untuk menuntut pertanggungjawaban daripada Najib atas kegagalan mengurus kenaikan harga minyak. Kami berarak seperti biasa di tempat perhimpunan di Sogo Kuala Lumpur menuju ke Dataran Merdeka tetapi disekat daripada masuk ke dalamnya.

Bulan berikutnya, Pemuda HARAPAN menganjurkan satu konvensyen di Subang Jaya. Dalam Konvensyen ini dikemukakan tawaran-tawaran dasar kepada pengundi Anak Muda Malaysia – Tawaran Harapan Anak Muda.

Dalam ucapan dasar, saya menyatakan bahawa tidak cukup untuk kita hanya memberi fokus kepada skandal Najib. Tidak cukup untuk kita memberi gambaran bahawa diri kita hanyalah versi Barisan Nasional yang lebih baik.

Apa yang diperlukan ialah perubahan politik yang besar: untuk memberi kesan perubahan ekonomi, pentadbiran dan sosial. Pemuda HARAPAN memberi fokus kepada pekerjaan dan gaji; kos sara hidup dan kualiti hidup, perumahan, pendidikan dan rekreasi. Seperti gerakan Turun Turun, kami memberi fokus kepada ekonomi.

Kami kemudian memulakan jelajah ke seluruh negara untuk mempromosi Tawaran Harapan Anak Muda. Saya menyertai acara di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.

Saya memberi penekanan 59 khas di kerusi-kerusi marginal, terutama yang dikenal pasti oleh INVOKE termasuk Kangar, Tanjong Malim, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Pensiangan, dan Johor Baharu.