X

Kindly register in order to view this article
!

Anwar nafi merencanakan sesuatu dengan watak 'pengkhianat'

Anwar Ibrahim
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tuduhan mengaitkan dirinya sedang merencanakan sesuatu dengan beberapa watak "pengkhianat".

Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah sebagai helah oleh kumpulan yang kemaruk kuasa untuk dijadikan modal fitnah.

"Saya ingin merujuk dan menjawab tohmahan segelintir kumpulan kononnya saya sedang merencana dengan beberapa watak pengkhianat.

"Ingin saya tegaskan ia ternyata helah kelompok yang kemaruk kuasa. Fitnah akan dijadikan dalih dan alasan mereka bertapak," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak merujuk mana-mana pihak sebagai kelompok yang kemaruk kuasa itu.

Katanya lagi, beliau juga tidak berkomplot di belakang seperti sesetengah pihak yang lain dan tidak pernah membincangkan mengenai perkara itu dalam parti, dengan pemimpin Pakatan Harapan atau kerajaan.

"Ia tidak pernah dibincang dalam Keadilan (PKR) atau di peringkat Pakatan Harapan dan tidak dibangkitkan dalam pertemuan saya dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin.

"Maka saya membantah sekerasnya dakwaan tersebut," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar bakal sokong Muhyiddin?

Ahad lalu, media melaporkan bahawa Anwar mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin dan Hamzah namun jelas Anwar, semua pertemuan itu dimaklumkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, media hari ini melaporkan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) berpendirian akan menolak sebarang 'keputusan' dibuat hasil dari perbincangan yang dibuat bersama Hamzah.

Ini kerana parti-parti itu berpendapat Hamzah adalah 'dalang' di sebalik 'Langkah Sheraton' yang menumbangkan kerajaan PH pada Februari lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus