RM1.1 juta untuk manfaat PSPA

Dr Siti Mariah (kiri) menyampaikan manfaat khairat kematian kepada Rosnaiza, balu kepada kakitangan JPS Tanjong Karang, Eddie Erwan Marzuki.
Dr Siti Mariah (kiri) menyampaikan manfaat khairat kematian kepada Rosnaiza, balu kepada kakitangan JPS Tanjong Karang, Eddie Erwan Marzuki.
A
A
A

KUALA SELANGOR – [DIKEMASKINI] Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.1 juta untuk manfaat Skim Peduli Sihat Penjawat Awam (PSPA) melibatkan 9,186 waris keluarga penjawat awam gred 44 sejak diperkenalkan setahun lalu.

Lebih menarik, tambahan peruntukan sebanyak RM1 juta diluluskan kerajaan negeri untuk skim PSPA pada tahun ini sekali gus membela nasib waris keluarga penjawat awam itu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor, Dr Siti Maria Mahmud menjelaskan, skim PSPA ini memberi manfaat kepada 23 ahli keluarga kepada penjawat awam yang meninggal dunia pada 2018 lalu.

“Bukan sahaja khairat kematian, skim ini membantu meringankan beban penjawat awam termasuk kos rawatan perubatan hospital akibat kemalangan atau kecacatan kekal.

“Sekurang-kurangnya, manfaat RM10,000 dapat membantu balu atau anak penjawat awam meneruskan hidup selain pencen bulanan,” katanya sempena Program Ziarah dan Penyerahan Bantuan Khairat Kematian Skim PSPA Selangor.

Adun Seri Serdang itu turut mengunjungi rumah Rosnaiza Al Bahar, balu kepada kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Tanjong Karang, Eddie Erwan Marzuki yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Oktober lalu.

Terdahulu, Dr Siti Mariah turut menyampaikan manfaat bantuan khairat kematian kepada waris Allahyarhamah Hasniza Abdul Aziz yang merupakan kakitangan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor.

#kualaselangor Kerajaan negeri memperuntukkan dana tambahan RM1juta untuk Skim Peduli Sihat Penjawat Awam tahun ini. Laporan MOJO Sinar Harian Kuala Selangor, Arziana Mohmad Azaman

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Monday, January 21, 2019