Mahkamah tangguh pendengaran permohonan Najib singkir Sri Ram

Najib Tun Razak dan Gopal Sri Ram
Najib Tun Razak dan Gopal Sri Ram
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan afidavit sokongan daripada bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung pertuduhan kes rasuah membabitkan 1Malaysia Development Berhad 1MDB yang dihadapinya untuk menyingkirkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pasukan pihak pendakwaan.

Hakim, Mariana Yahya kemudian menangguhkan pendengaran untuk penyingkiran itu pada 13 Julai depan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu perkara itu kepada pemberita, selepas pengurusan kes semakan kehakiman yang difailkan Najib bagi menyingkirkan Sri Ram.

Mahkamah menangguhkan pendengaran itu bagi membolehkan Pejabat Peguam Negara membuat persediaan, susulan pemfailan afidavit Apandi itu.