‘InsyaALLAH TH pulih tahun ini’

TH menyasarkan langkah penstrukturan semula yang mana untuk memiliki lembaran imbangan bersih dengan aset menyamai liabiliti bagi menjana keuntungan mampan dalam mengagihkan hibah (dividen) kepada para pendepositnya.
TH menyasarkan langkah penstrukturan semula yang mana untuk memiliki lembaran imbangan bersih dengan aset menyamai liabiliti bagi menjana keuntungan mampan dalam mengagihkan hibah (dividen) kepada para pendepositnya.
A
A
A

PENGUMUMAN Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat ternyata melegakan kebimbangan 9.3 juta pendepositnya dengan menyatakan nilai deposit dan jumlah pendeposit masih tidak terjejas serta dipercayai mampu memberi hibah kepada pendeposit bagi tahun 2018.

Beliau berkata, penyata imbangan TH kini semakin pulih berikutan TH telah selesai memindahkan kesemua ekuiti yang tidak berprestasi baik kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. setakat 30 Disember 2018.

“Bagaimanapun, jumlah hibah itu akan bergantung kepada prestasi kewangan TH. Jangan letak harapan yang tinggi,” katanya.

Pada 11 Disember lalu, beliau mengumumkan TH akan memindahkan aset yang tidak menguntungkan bernilai kira-kira RM19.9 bilion kepada SPV bagi memperbaiki kedudukan kewangannya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Skandal TH: Pendeposit tak perlu bimbang]

[ARTIKEL BERKAITAN: Tabung Haji: Apa yang perlu anda tahu]

Aset yang dipindahkan itu merangkumi hartanah dan ekuiti, manakala SPV itu akan dimiliki oleh Kementerian Kewangan, yang kemudiannya akan menerbitkan RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion.

Zukri ketika sidang media mengenai isu Lembaga Tabung Haji di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Zukri ketika sidang media mengenai isu Lembaga Tabung Haji di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Isu berkaitan TH tercetus apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, mendedahkan pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 hingga 2017 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995, menyebabkan agensi itu mengalami defisit RM4.1 bilion.

"TH juga memiliki sebuah syarikat perladangan terbengkalai dan tidak mendatangkan keuntungan manakala 29 hartanah dan tanah milik TH pula, sejumlah 18 daripadanya adalah merugikan serta kebanyakannya tanah kosong.

"Semua aset ini tidak boleh dicairkan, selain tidak selaras dengan rangka kerja pencairan aset yang sedang dilakukan, maka semua aset itu dipindahkan kepada SPV untuk membantu memulihkan kunci kira-kira TH dan membolehkan SPV melakukan pemulihan ke atas semua aset TH," jelasnya supaya umum tahu mengapa TH melakukan pemindahan aset kepada SPV.

Zukri yang berpengalaman memulihkan prestasi Bank Islam pada 2006 itu berkata, SPV tersebut kemudiannya akan menerbitkan RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan Saham Islamik Boleh Ditebus Boleh Ditukar (RCPS-i) berjumlah RM9.90 bilion.

Dalam pada itu kata Zukri, kontroversi yang berlaku langsung tidak menjejaskan imej institusi kewangan Islam itu apabila nilai depositnya dilihat tidak terjejas selain jumlah pendeposit masih lagi meningkat.

Beliau menjelaskan, pada tahun 2017, jumlah deposit TH berjumlah RM73.56 bilion didapati meningkat kepada RM74.5 bilion pada 2018, peningkatan hampir RM1 bilion.

"Aktiviti pengeluaran dan penyimpanan deposit oleh ahli adalah perkara biasa berlaku setiap hari. Tapi Disember lalu saja TH menerima pendaftaran kira-kira 31,500 akaun baharu biarpun dilanda kontroversi ini," katanya.

Rakyat di negara ini khususnya orang Islam bimbang apabila Mujahid mendedahkan pemberian hibah kepada pendeposit TH sejak 2014 hingga 2017 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menyebabkannya mengalami defisit RM4.1 bilion.

Tegas Zukri, untuk membuktikan ketelusan, TH akan mengemaskini prestasi kewangannya mengikut suku tahunan, supaya pendeposit sentiasa menyakini maklumat mengenai pelan pemulihan sedang dilakukan oleh pentadbiran TH ketika ini.

"Pada tahun ini insyaALLAH , TH akan mencatat prestasi kewangan lebih baik," katanya.

Jelas beliau, TH menyasarkan langkah penstrukturan semula yang mana untuk memiliki lembaran imbangan bersih dengan aset menyamai liabiliti bagi menjana keuntungan mampan dalam mengagihkan hibah kepada pendepositnya.

Kata Zukri, melihat kepada keadaan TH dan pelan pemulihan pada masa ini, beliau berharap pendeposit terus meyakini TH sebagai badan menguruskan jemaah haji unggul di negara ini.