City mahu berikan Liverpool sambutan guard of honour

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan bakal memberikan penghormatan 'guard of honour' bagi melayan kunjungan juara baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2019/20, Liverpool di Eitihad, Khamis ini.

Guardiola berkata, penghormatan itu sewajarnya diberikan kepada skuad The Reds itu kerana telah berjaya menamatkan penantian selama 30 tahun untuk muncul juara EPL.

Malah menurut Guardiola, skuad kendalian Jurgen Klopp itu sememangnya berhak menerima penghormatan sedemikian berikutan prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang musim ini.

"Seperti kebiasaannya, kami akan menyambut kedatangan Liverpool, khususnya apabila kedatangan itu dalam keadaan yang luar biasa. Mereka tidak boleh merungut.

"Kali ini, kami akan melakukan penghormatan 'guard of honour' bagi menyambut kedatangan skuad The Reds itu selaku juara baharu EPL musim 2019/20 ini."Kami lakukannya (guard of honour) kerana mereka (Liverpool) berhak menerimanya," katanya.

Untuk rekod kekalahan 1-2 City kepada Chelsea Khamis lalu, sekali gus telah membantu menobatkan Liverpool selaku juara baharu EPL biarpun masih berbaki tujuh perlawanan untuk diharungi.

Selain itu, City yang kini berada pada tangga kedua EPL turut dipisahkan dengan jurang 23 mata dengan Liverpool.

Sementara itu Guardiola berkata, sambutan berkenaan akan menjadi lebih bermakna apabila dia dan pemain memberikan tepukan bergemuruh menyambut kehadiran Liverpool khususnya ketika skuad The Reds itu memasuki padang bagi memulakan perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, tepukan berkenaan adalah sebagai tanda hormat City terhadap skuad The Reds itu kerana berjaya menamatkan penantian selama 30 tahun untuk menjulang trofi EPL.

"Tepukan ini adalah bagi menyatakan rasa hormat kepada kesebelasan pemain khususnya pengendali, Jurgen Klopp terhadap pencapaian menakjubkan mereka," katanya.