Saya dah tahu keputusan kes: Jamal

Jamal mengakui sudah 'mengetahui' keputusan kes perundangan yang beliau hadapi di mahkamah.
Jamal mengakui sudah 'mengetahui' keputusan kes perundangan yang beliau hadapi di mahkamah.
A
A
A

PANDAN INDAH - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Md Yunos mengakui sudah 'mengetahui' keputusan kes perundangan yang beliau hadapi di mahkamah.

Jamal berkata, beliau tidak yakin dengan proses keadilan yang berlaku ke atas dirinya.

"Saya melihat rayuan yang telah dibuat sebelum ini untuk mengetepikan sesetengah kes yang tidak perlu diteruskan.

"Ia termasuk bil jaminan yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi, tetapi masih diteruskan oleh Peguam Negara," katanya.

Jamal menegaskan, beliau tidak yakin terhadap sistem perundangan di negara ini, sementelah tularnya video tarian antara Ketua Hakim bersama Peguam Negara dan menteri baru-baru ini.

"Kita sendiri melihat tiada jurang pemisahan di antara mereka dan boleh bersosial sekali," katanya.

Beliau berkata, ia mendatangkan kebimbangan masyarakat terhadap proses keadilan undang-undang di negara ini.

"Lebih-lebih lagi ia melibatkan ahli politik seperti saya, saya yakin berapa kali dan berapa lama proses perbicaraan kes pun, keputusannya sudah ada.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang berlaku ini hanya memenuhi syarat sahaja keputusan pada Peguam Negara dan Ketua Hakim," katanya.