Ayahanda Cikton kalah di Pandan Indah

Fazil Mohamad Dali
Fazil Mohamad Dali
A
A
A

KUALA LUMPUR - Calon Perikatan Nasional (PN), Fazil Mohamad Dali atau Ayahanda Cikton tewas dalam persaingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT) itu memperoleh 17,287 undi, berbanding lawannya dari Pakatan Harapan (PH), Izham Hashim yang mendapat 27,878 undi

Izham yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor menang dengan majoriti 10,591, sekaligus mengekalkan kerusi yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU).

Beliau turut menewaskan dua pencabar lain iaitu Lisa Redzuan dari Muda (1,166) dan calon bebas, R. Sivaneswaran.

Dalam PRU14, Izham memperoleh majoriti 16,386 dan menewaskan Mohd Haniff Koslan (BN) dan Iskandar Abdul Samad (Pas).

Artikel Berkaitan: