Tanaman buah tin boleh jana pendapatan mudah

Ban Chuan menunjukkan hasil yang diperoleh selepas ditanam Februari lalu.
Ban Chuan menunjukkan hasil yang diperoleh selepas ditanam Februari lalu.
A
A
A

IPOH - Penanaman buah tin dengan kaedah pertanian moden dijangka dapat memberi pulangan lumayan kepada petani kecil.

Permintaan terhadap buah berusia ribuan tahun itu meningkat saban tahun namun pasaran tempatan tidak dapat memenuhi ‘kelopongan’ itu.

Sejajar dengan saranan kerajaan negeri yang mahukan tanah kosong dimanfaatkan untuk projek pertanian, bekas pekerja binaan, Teo Ban Chuan, 50, berjaya menjadikan kawasan pembuangan sampah di Bercham di sini, yang seluas 0.1 hektar sebagai tapak penanaman bagi 233 pokok buah tin miliknya.

"Penanaman buah tin secara dasarnya dapat menjana pendapatan isi rumah ataupun pekebun kecil dengan mudah.

"Buah ini dijual segar dengan harga RM35 sekilogram. Bagi kawasan seluas suku ekar, ia boleh menjana sebanyak RM1,050 sebulan jika ditanam dengan kaedah rumah hijau," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Penanaman buah tin dapat mengeluarkan hasil dengan cepat sekali gus membantu petani kecil menjana pendapatan.
Penanaman buah tin dapat mengeluarkan hasil dengan cepat sekali gus membantu petani kecil menjana pendapatan.

Menurutnya, projek cubaan yang diusahakan Februari lalu bakal mengeluarkan hasil kerana ia tanaman yang tidak bermusim.

“Pokok ini tidak memerlukan kawasan yang luas dan tidak mengambil masa yang lama untuk dituai.

Artikel Berkaitan:

“Ia sudah mula mengeluarkan hasil pada bulan kelima penanamannya dan dianggarkan boleh memperoleh sekitar 150 buah setiap hari," katanya.

Ban Chuan berkata, peluang bertani itu wajar direbut dalam usaha meningkatkan ekonomi keluarga terutama negara dalam fasa pemulihan wabak Covid-19.

“Pokok ini memerlukan disiplin yang tinggi dengan kaedah penjagaan sama seperti sayur-sayuran tanpa melibatkan kerja-kerja berat.

“Dalam tempoh jangka panjang, tanaman buah tin berpotensi menjadi salah satu pengeksport terbaik berikutan permintaan tinggi dari negara-negara Islam,” katanya.

Buah tin atau nama saintifiknya Ficus Carica antara buah sunnah disebut dalam al-Quran yang beri manfaat dari sudut kesihatan.

Buah yang mempunyai teksturnya yang lembut dan rasa lemak manis, diperkaya dengan antioksidan, vitamin, potasium dan serat yang baik untuk membantu menjaga kesihatan badan.

Penanaman buah tin kaedah rumah hijau tidak memerlukan kawasan yang luas.
Penanaman buah tin kaedah rumah hijau tidak memerlukan kawasan yang luas.