Kedah benar aktiviti ziarah kubur

Kedah benar aktiviti ziarah kubur.
Kedah benar aktiviti ziarah kubur.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) membenarkan aktiviti ziarah kubur di Kedah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa hari ini.

Pengarah JHEAIK, Mohd Yusri Md Daud berkata, kebenaran aktiviti ziarah pusara merupakan antara ketetapan tambahan bagi arahan perlaksanaan aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Kedah.

Menurutnya, perlaksanaan aktiviti berkenaan adalah dibenarkan di masjid dan surau dengan mematuhi normal baharu dan ketetapan digariskan oleh pihak berkuasa.

"Antara ketetapan tambahan untuk aktiviti agama ketika PKPP ialah aktiviti ziarah kubur dibenarkan. Bagaimanapun aktiviti kemasyarakatan di surau dan masjid seperti gotong-royong, kenduri dan sebagainya masih tidak dibenarkan.

"Selain itu, kita turut membenarkan pengajian al-Quran dan kuliah agama di masjid dan surau selepas solat Maghrib dan Subuh tidak melebihi tempoh 30 minit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengurusan jenazah bukan akibat koronavirus (Covid-19) turut dibenarkan namun solat jenazah hanya terhad kepada anak kariah dan ahli keluarga si mati sahaja.

Dalam perkembangan sama Mohd Yusri berkata, solat Jumaat dan solat fardu berjemaah di masjid negeri, masjid kariah, masjid institusi dan surau dibenarkan berdasarkan keluasan premis dengan penjarakan sosial satu meter.

Katanya, mana-mana masjid dan surau yang didapati melanggar dan tidak mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan dan kebenaran melaksanakan aktiviti keagamaan boleh ditarik balik serta merta.

Artikel Berkaitan: