Karapas tertanggal punca penyu mati

Penyu agar ditemui mati terapung di Pantai Bagan Nakhoda Omar ditanam di kawasan berhampiran
Penyu agar ditemui mati terapung di Pantai Bagan Nakhoda Omar ditanam di kawasan berhampiran
A
A
A

SABAK BERNAM - Karapas tertanggal dipercayai punca seekor penyu agar ditemui mati terapung di pantai Bagan Nakhoda Omar di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang kesan cedera pada penyu betina berkenaan.

"Ia dipercayai mati empat hari lalu disebabkan karapasnya tertanggal.

"Penyu seberat kira-kira 70 hingga 80 kilogram itu kemudiannya ditanam di kawasan berhampiran," katanya kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Jumpa bangkai penyu terapung

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seekor penyu ditemui mati terapung di pantai Bagan Nakhoda Omar di sini semalam.

Penyu itu dijumpai sekumpulan pegawai dari Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar yang bersiar-siar di pantai itu pada jam 5.36 petang semalam.

Artikel Berkaitan: