X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

Anak Mat Sabu dibenar tangguh hukuman penjara

Tertuduh ketika hadir di Mahkamah Majistret hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara lapan bulan terhadap Ahmad Saiful Islam Mohamad, hari ini.

Majistret, Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas pasukan pembelaan memohon agar penangguhan dibuat sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Mahkamah turut membenarkan anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu itu untuk diikat jamin sebanyak RM9,000 selain mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport dan melaporkan diri di balai polis sebulan sekali.

Tengah hari tadi, mahkamah menjatuhi hukuman penjara selama lapan bulan dan dua tahun pengawasan polis serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terhadap Ahmad Saiful Islam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Anak Mat Sabu dihukum penjara lapan bulan

Keputusan dibuat selepas mahkamah mendapati bapa kepada tiga anak itu didapati bersalah terhadap tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah pusat hiburan di ibu negara, pada jam 12.30 tengah malam, 13 Jun 2019 lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid manakala tertuduh diwakili peguam, Nazar Khan, Emile Ezra Hussain dan Datuk Nicholas Kow.

Seramai enam saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan dalam perbicaraan kes itu yang bermula 15 Oktober tahun lalu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!