Anjing pun nak 'catwalk'

Kejadian itu berlaku ketika para model sedang memperagakan pakaian di atas pentas.
Kejadian itu berlaku ketika para model sedang memperagakan pakaian di atas pentas.
A
A
A

NEW DELHI - INDIA. Gelagat seekor anjing liar yang muncul secara tiba-tiba di atas pentas peragaan telah mencuri perhatian penonton di India.

Kejadian itu berlaku ketika para model sedang memperagakan pakaian dihasilkan pereka Rohit Bal.

Menerusi rakaman video dikeluarkan ANI News, haiwan tersebut turut 'catwalk' di atas pentas seakan tidak menghiraukan acara yang sedang berlangsung yang kemudiannya terpaksa diusir kru bertugas.

Sebelum ini, insiden sama juga dilaporkan di acara peragaan di Istanbul pada Oktober lalu.

Ketika kejadian, seekor kucing dilihat naik ke atas pentas secara tiba-tiba dan melakukan 'catwalk' tanpa mempedulikan para penonton. - Kompas.com

Artikel Berkaitan: