X

Kindly register in order to view this article
!

Celcom lancar dua pelan internet prabayar tanpa had

A
A

CELCOM Xpax telah melancarkan dua pelan internet prabayar tanpa had terbaharu bagi memberikan kepuasan lebih kepada para pelanggan untuk melayari internet, berhibur, berhubungan dengan mereka yang tersayang dan bermacam-macam lagi.

Pelayaran internet lancar tanpa had ini pastinya memberikan pengalaman lebih menarik untuk pelanggan Celcom Xpax prabayar untuk melakukan pelbagai aktiviti di platform media sosial seperti membuat panggilan dan berchatting dengan rakan serta keluarga, menonton filem dan sebagainya di rangkaian terluas di Malaysia! Pasti pelan terbaharu ini amat mengujakan!

Para pelanggan boleh mendapatkan tawaran prabayar tanpa had Celcom Xpax untuk pelayaran internet dan panggilan tanpa had serendah RM12 sebulan.

Selain pelan mingguan RM12, ia juga ditawarkan secara bulanan berharga RM35.Pas internet mingguan dan bulanan tanpa had Celcom Xpax ini membolehkan pelanggan menikmati aktiviti internet yang digemari dengan kuota tanpa had serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian.

Pelanggan prabayar Celcom Xpax kini boleh menikmati kemudahan akses internet berkelajuan tinggi di mana dan boleh melanggan pas internet prabayar ini bila-bila sahaja melalui aplikasi Celcom Life.

Pengguna juga akan menikmati data ‘Hotspot’ mingguan 1GB PERCUMA dan data ‘Hotspot’ bulanan 3GB PERCUMA!

Selain itu, pas internet mingguan dan bulanan Tanpa Had Celcom Xpax ini juga turut didatangkan dengan ciri pembaharuan secara automatik, di mana pelan yang dilanggan akan diperbaharui setiap penghujung hari ketujuh bagi pas Mingguan atau hari ke-30 bagi pas Bulanan.

Ciri ini bagi memastikan pelanggan prabayar Celcom Xpax kekal terhubung di mana sahaja mereka berada.

Ultra Hour Pass Celcom Xpax turut memberikan kelajuan tanpa had pada bila-bila masa yang diperlukan dengan hanya RM1 sejam, memacu kelajuan serta mengubah had kelajuan 3Mbps.

Pelanggan hanya perlu log masuk ke aplikasi Celcom Life, dan memilih menu ‘Buy More’, diikuti dengan mana-mana pilihan Hourly Unlimited Internet.

Pas Internet Tanpa Had prabayar Celcom Xpax yang terbaru ini kini tersedia bagi semua pelanggan prabayar Celcom yang baru dan sedia ada.

Untuk melanggan, log masuk ke aplikasi Celcom Life atau dengan mendail kod USSD *118*2#.

Bukan itu saja tau, Celcom juga menawarkan peluang untuk memenangi barangan keperluan harian percuma selama setahun di mana promosi berkenaan bakal berakhir pada 31 Julai depan.

Rebut peluang keemasan ini dan beralih segera kepada pelan Prabayar Tanpa Had daripada Celcom Xpax dengan melayari laman web www.celcom.com.my/xpax sekarang.

Sementara itu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa pemulihan dan bermakna banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat.

Namun Celcom tetap prihatin dengan beban yang ditanggung rakyat akibat pandemic Covid-19 dengan menawarkan ganjaran Belanja Barangan Dapur Selama Setahun untuk menggembirakan para pelanggan mereka.

Peraduan itu disediakan khusus untuk para pelanggan Celcom dengan hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM500,000.

Peraduan ini dijalankan dari 12 Mei hingga 31 Julai 2020 dan dalam tempoh tiga bulan ini para pelanggan Celcom memiliki peluang besar untuk memenangi hadiah wang tunai.

Peraduan ini terbuka untuk semua pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom yang layak.

Pelanggan hanya perlu membuat sebarang transaksi samada pembayaran bil, langgan pelan internet, Walla dan sebagainya secara dalam talian atau di mana-mana cawangan bluecube Celcom serta wakil Celcom yang sah.

Pelanggan akan menerima penyertaan mengikut jumlah transaksi.

Sebarang bayaran bil akan menerima 1 penyertaan, terhad kepada dua kali bayaran sebulan.

Transaksi berjumlah RM1 – RM10 akan menerima dua penyertaan, sehinggalah transaksi RM51 dan ke atas menerima 5 penyertaan.

Sepanjang tempoh peraduan, semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang mereka untuk menang.

Terdapat dua kategori pemenang, iaitu pemenang mingguan dan pemenang satu tahun.

Hadiah yang diberikan pula dalam bentuk kredit e-wallet Boost.

Pemenang mingguan akan menerima kredit Boost bernilai RM100, manakala pemenang kategori satu tahun akan menerima kredit Boost RM1,000 selama 12 bulan berturut-turut, dalam akaun Boost mereka.

Senarai pemenang akan diumumkan di halaman Kempen Raya Celcom atau dimaklumkan melalui aplikasi Celcom Life.

Senang cerita, anda cuma perlu lakukan rutin bulanan seperti membayar bil sudah melayakkan anda menyertai Peraduan Ceria Raya Celcom 2020 ini.

Tetapi kalau nak dapat lebih penyertaan, kenalah buat perkara lain seperti transaksi pembelian barangan atau perkhidmatan di platform atas talian seperti dinyatakan.

Yang penting, jangan lupa bayar bil setiap bulan untuk memastikan anda berpeluang memenangi hadiah kredit e-wallet Boost ini.

Mana tahu, boleh dapat RM1,000 selama 12 bulan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus