Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik 4 sen, petrol RON97 dan RON95 kekal

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal . Gambar hiasan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal . Gambar hiasan
A
A
A

HARGA runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat sebanyak empat sen kepada RM2.92 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter bagi tempoh 29 Jan hingga 4 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada RM3.10 dan RM2.54 seliter bagi tempoh sama.

Sementara itu, harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 turut dikekalkan pada RM1.99 seliter.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia meningkat kepada RM2.92 seliter
  • Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter
  • Harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing RM3.10 dan RM2.54 seliter
  • Harga petrol bersubsidi RON95 di bawah inisiatif BUDI95 dikekalkan pada RM1.99 seliter
  • Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bagi memastikan kesejahteraan rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!